Salam
Dah masuk hari kedua dah kan kita semua orang Islam berpuasa. Er,ikut negara dan tempat jugak kot tapi kat Malaysia ni dah masuk hari kedua lah kan. Mesti ada yang dah berfikir nak buka puasa nanti nak makan apa.hehe. Cadang2 ngan adik semalam,hari ni aku nak buat puding caramel.hehe. Nak tau jadi ke tidak plan tu,kita tunggu entry seterusnya. Nyum2,da lama tak makan caramel.*sedang menelan air liur*haih
Sebenarnya aku nak kongsi apa yang aku dapat masa pergi ceramah agama dengan mak aku minggu lepas.hehe. cerita minggu lepas baru nak cerita hari ni.apa daa. Takde la,sebab apa aku peram dulu,adalah untuk bertepatan dengan masa sekarang ni,bulan puasa.*tiba2 teringat member aku sebab nama die Ramadan*
Minggu lepas hari Jumaat aku telah dipelawa oleh ibuku untuk turut serta pergi ke ceramah agama kat Masjid Kem Sungai Besi. Jadi,aku pun terima dengan hati yang terbuka. Sampai je kat sana haruslah golongan ibu-ibu dan bakal ibu (baru kahwin) sebab program ni kira untuk BAKAT. Mesti korang terpinga-pinga baca. BAKAT tu sebenarnya kumpulan pranita(askar wanita)/isteri2 askar,sama jugak macam polis ada PERKAP dan bomba ada PRISMA. Amek kau,semua aku promote.hehe
Jadi,berbalik kepada tajuk asal,dalam ceramah tu ustaz tu ada cakap perkara yang bernas dan patut di amalkan sebenarnya tanpa diskiriminasi. Makna kata,tak kira tua muda,cik kak cik abang hampa semua memang patut amalkan lah. Disamping dapat menambah pahala,hati pun jadi bertambah tenang,ye dak? ;))
Ya Allah,dari tadi dok membebel. Oke2,serius. Sebenarnya banyak input yang aku dapat dari ceramah tu,tapi kebanyakkannya dah belajar masa sekolah+matriks dulu. So,kire recall+refresh balik la pengetahuan kita tu. Nak cerita kat sini,yang paling aku tertarik adalah ustaz tu sarankan kita buat tahajud sebelum bersahur. Paling sikit pun 2 rakaat la. Yela,sementara si isteri siapkan hidangan bersahur,si suami tak payah la bergolek kat katil tunggu dipanggil sahur baru bangun dan juga sebaliknya. Kenapa? Sapa kata laki tak rajin gi dapur siapkan makanan sementara disuruhnya si isteri berehat. Ada kan? kan3 ;))
Same jugak la dengan anak2,kalau yang tak tolong mak siapkan makanan tu,rajin2 kan la diri ambil wudhu' dan tunaikan solat tahajud. Amin.moga diberkati Allah~
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
link |
" Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu " - Riwayat al-Bukhari dan Muslim~
6 comments:
selamat berpuasa! ^_^
kdg2, mkn makanan berbuka puasa yg smlm je...hahaha
Betul tu, tak susah pun nak solat 2 rakkat...mahu dengan tak mahu je...:D
adik popoi : slamat puasa jugak! ;))
asakura : aah.mcm smlm makan buke lauk semlm.haha.
salam ramadhan..=)
Slmt b,pose.:D
UPDATE:Wordless Wednesday#2:Harry Potter
fitry fuzz :: salam ramadhan juge :)
abe goreng :: pose jgn xpose.hehe ^_^
Post a Comment